Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Kongres Saintifik Tahunan ke-51 Kolej Pakar Bedah di Kuching, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Transformasi penjagaan kesihatan melalui teleperubatan, perkhidmatan pakar ke luar bandar

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 13 Jun: Kerajaan Sarawak sentiasa menekankan komitmen dalam transformasi penjagaan kesihatan melalui integrasi inovasi canggih seperti teleperubatan dan perluasan perkhidmatan pakar ke kawasan luar bandar.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak berusaha untuk mengimbangi antara tradisi dan inovasi yang sangat penting untuk kemajuan sektor perubatan.

“Di Sarawak, kami memahami dengan mendalam keseimbangan antara tradisi dan inovasi. Kami adalah tanah yang kaya dengan tradisi berabad-abad lamanya yang hidup seiring dengan inisiatif terkini, dari memelihara budaya hingga usaha perintis dalam tenaga hijau, ekonomi digital dan bioteknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kongres Saintifik Tahunan ke-51 Kolej Pakar Bedah yang berlangsung dari 13 hingga 15 Jun ini dengan tema ‘Bridging Tradition and Innovation’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Menurutnya, kerajaan Sarawak sedang berusaha untuk membawa penyelesaian teleperubatan yang lebih meluas dan memperluas perkhidmatan perubatan pakar ke seluruh pelosok negeri.

“Dalam sektor penjagaan kesihatan, kami menyedari bahawa inovasi adalah kunci untuk memberikan hasil yang lebih baik kepada rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar dan terpencil.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan setiap rakyat Sarawak, tanpa mengira lokasi, mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang terbaik,” ujarnya.

Dengan inisiatif-inisiatif tersebut, kata Abang Johari, Sarawak juga berusaha untuk menjadi contoh dalam mengintegrasikan teknologi dengan tradisi untuk mencapai hasil yang terbaik dalam bidang kesihatan.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan membina kepercayaan masyarakat dan menghormati prinsip kemanusiaan dalam perubatan bagi memperbaiki akses kesihatan serta mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan