Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Artis seni dan automotif yang juga peserta Pertandingan 'Art Of Speed' Malaysia 2025 Mohamed Shukur Mohamed bersama Projek "The Mighty Nabau" di bengkel Rocketeer Custom Art di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

‘The Mighty Nabau’ tonjolkan seni, budaya Sarawak di Selangor

KUCHING, 13 Jun: Pertandingan ‘Art Of Speed’ Malaysia 2025 pada 26 hingga 27 Julai depan di Selangor bakal menjadi pentas buat anak jati Sarawak menonjolkan identiti budaya melalui motosikal berkuasa tinggi jenama, Harley Davidson Road Glide Special menerusi projek “The Mighty Nabau”.

Artis seni dan automotif, Mohamed Shukur Mohamed, berkata projek ini diinspirasikan daripada sambutan luar biasa pengunjung terhadap elemen budaya dalam penyertaannya sebelum ini.

“Kali ini saya mahu tonjolkan kekayaan sejarah, mitos dan budaya Sarawak, khususnya melalui lagenda Nabau,” jelasnya kepada TVS.

Menurutnya, peserta luar negara seperti Jepun dan Thailand sering menampilkan budaya mereka secara menyeluruh iaitu termasuk pakaian dan tatu menjadikan sudah tiba masa anak tempatan mengangkat warisan sendiri.

“Macam yang kami lihat peserta daripada Jepun mereka membawa budaya Jepun dengan tatu yakuza, tatu naga sememangnya gaya Jepun lepas termasuklah pakaian Jepun begitu juga dengan peserta Thailand hadir dengan pakaian mereka, tatu dan sebagainya jadi kami fikir di Malaysia, mengapa kita tidak cuba pendekatan yang sama.

“Jadi macam kami sebagai anak Sarawak bila kami dari Sarawak, dari kepulauan Borneo yang kaya dengan warisan, dengan budaya kami mencuba mengetengahkan warisan itu budaya kita jadi kami mengambil peluang ini melalui rekaan sejarah Nabau.

“Sudah tentu macam mereka yang dari Jepun, bila melihat hasil seni motorsikal kita, dengan cerita mengenai nabau akan menarik minat mereka untuk mengetahui sejarah tersebut jadi orang putih, orang Jepun, orang lain pun, mereka akan mula membuat kajian tentang Nabau dan mereka akan baca,” katanya.

Projek ini turut melibatkan kerjasama bersama Kelab Motorsikal Dayak Big Bikers, yang sudah terjalin selama dua tahun, dalam usaha mengangkat lagenda Nabau ke peringkat lebih tinggi.

Berpengalaman lebih sedekad dalam seni dan automotif, beliau menyasarkan untuk memenangi kategori “Best Paint” pada edisi kali ini selepas kejayaannya meraih “Best Livery Design” pada 2023 menerusi projek “Sang Keringkam”.

Antara hasil karyanya termasuk reka bentuk topi keledar pelumba Toyota Gazoo Racing 2022 di Sepang, serta topi keledar Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama UNIMAS.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found