Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing meninjau perkembangan terkini projek pembinaan Stadium Bola Keranjang Bintangor pada Khamis petang. Foto Pusat Khidmat DUN Meradong.

Stadium bola keranjang Bintangor dinaik taraf, dilengkapi fasiliti moden

BINTANGOR, 13 Jun : Stadium Bola Keranjang Bintangor kini berwajah baharu dengan kemudahan moden yang bakal memberi manfaat kepada penduduk setempat hasil pembinaan secara berperingkat sejak tahun 2020.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, projek pembinaan dan kerja menaik taraf stadium itu dilaksanakan menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN N.46 Meradong.

“Fasa 1 bermula pada tahun 2020 dengan kos sebanyak RM1 juta, diikuti Fasa 2 pada tahun 2021 juga dengan kos RM1 juta, manakala Fasa 3 pada tahun 2022 melibatkan peruntukan RM800,000,” katanya ketika meninjau projek berkenaan semalam.

Tambahnya, kerja menaik taraf diteruskan pada tahun 2024 dengan kos RM600,000 yang melibatkan pembinaan kemudahan seperti tempat duduk, tandas, dan saluran bekalan elektrik.

“Jumlah keseluruhan peruntukan untuk projek ini adalah sebanyak RM3.4 juta,” ujarnya.

Dalam lawatan tersebut, Datuk Ding turut memuji para kontraktor yang dilantik melalui proses cabutan undi kerana melaksanakan projek mengikut spesifikasi dan cadangan asal.

Beliau berkata, kelulusan projek RTP itu merupakan inisiatif kerajaan Sarawak dalam usaha mempertingkat dan menambah baik infrastruktur prasarana bagi memastikan rakyat menikmati kemudahan yang lebih selesa dan berkualiti.

“Projek sebegini bukan sahaja memberi kemudahan kepada komuniti untuk bersukan, malah turut menyokong pembangunan sosial dan kesihatan penduduk setempat,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Bola Keranjang Bintangor, Gung Chiu Kion, Pemanca Yii Hee Sieng, Kapitan Lee Koh Ung serta ahli-ahli Persatuan Bola Keranjang Bintangor.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan