Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) pada Majlis Penggunaan Sistem eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kuching, hari ini. Foto TVS

Sistem bantuan kebajikan kini lebih ketat dan efisien

ByAdlina Rahman

KUCHING, 13 Jun: Sistem penyaluran bantuan kebajikan kerajaan kini jauh lebih ketat dan efisien berbanding sebelum ini, sekali gus mengurangkan ruang penyelewengan serta memastikan bantuan sampai kepada golongan benar-benar layak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata pelbagai penambahbaikan sedang giat dilaksanakan melalui sistem sedia ada yang telah digunakan sejak lebih 15 tahun lalu, termasuk memperkemas aspek pemantauan dan penyelarasan data penerima.

“Sebelum ini, memang ada ruang yang disalahgunakan sehingga bantuan tidak sampai kepada mereka yang layak. Tetapi sekarang, ruang itu sudah ditutup. Sistem kita jauh lebih ketat dan efisien,” katanya selepas merasmikan penggunaan sistem eBantuan di sini, hari ini.

Menurut beliau, sistem baharu turut memperkemas pemantauan dan penyelarasan data, termasuk usaha menyepadukan mekanisme bantuan antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

Nancy turut memberi jaminan bahawa tindakan telah diambil terhadap individu yang menyalahgunakan sistem terdahulu, selaras komitmen kerajaan untuk menegakkan integriti dan ketelusan.

Sehingga Mei 2025, seramai 55,457 penerima direkodkan menerima bantuan berjumlah RM123.78 juta, melibatkan sumbangan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM108.19 juta dan Kerajaan Negeri sebanyak RM15.60 juta.

Beliau menambah, ramai rakyat masih tidak tahu cara memohon bantuan, justeru pegawai kebajikan di setiap kawasan telah diarahkan untuk lebih proaktif mempermudah proses permohonan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan