Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Kali Ke-90 di sini, hari ini. Foto Amirudin (TVS)

Sidang Kemuncak ASEAN: Pemimpin luar puji kecekapan pasukan polis – PM

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kecekapan dan usaha gigih agensi keselamatan itu sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung bulan lalu.

Menurut Anwar, beberapa pemimpin ASEAN dan negara luar turut memberikan pengiktirafan kepada pasukan polis negara, menyifatkan kecekapan mereka sebagai luar biasa.

“Semasa kehadiran Perdana Menteri China, Li Qiang, mereka menganggap kecekapan polis kita sebagai luar biasa.

“Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pula memberitahu saya bahawa sepanjang berdekad-dekad baginda menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN, ini antara pengurusan keselamatan yang tercekap dan terbaik di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Kali Ke-90 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, perkhidmatan cemerlang pasukan polis negara termasuk profesionalisme mereka perlu diketahui oleh umum, sambil menuntut rakyat untuk memberi penghargaan ke atas mereka.

Terdahulu, pada majlis itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengumumkan dividen 5.8 peratus Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) atas modal yuran dan 9.2 peratus atas modal syer saham dengan jumlah keseluruhan agihan berjumlah RM36.14 juta.

Razarudin Husain yang juga Yang Dipertua KPDRM berkata, pengagihan itu menunjukkan peningkatan 0.3 peratus bagi modal yuran dan 2.2 peratus bagi modal syer berbanding tahun sebelumnya.

“Sepanjang 97 tahun penubuhan koperasi, inilah julung-julung kalinya pemberian dividen sangat lumayan diagihkan kepada anggota KPDRM,” katanya.

Razarudin menjelaskan, KPDRM mencatat keuntungan berjumlah RM50.14 juta bagi tahun 2024, berbanding RM 45.02 juta pada 2023.

“Ini dipengaruhi peningkatan jumlah keanggotaan KPDRM daripada 114,608 pada tahun 2023, kepada seramai 119,922 tahun 2024, melibatkan pertambahan seramai 5,314 orang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan