Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika merasmikan Melangkaui Seni, Berevolusi Dalam 50 Tahun Persidangan Seni Dan Mural Antarabangsa Miri 2025 di Miri, hari ini. Foto UKAS

Seni mural bukan sekadar ekspresi, tetapi pelaburan masa depan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 13 Jun: Seni mural kini bukan sahaja wadah ekspresi kreatif, malah menjadi pelaburan jangka panjang yang memacu pertumbuhan ekonomi, memperkukuh perpaduan sosial dan memperkasa pelancongan mampan di Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kewujudan laluan mural dan lawatan berpandu memberi limpahan ekonomi kepada perniagaan tempatan seperti kafe, kedai dan restoran selain mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan budaya.

“Ia menggalakkan pelawat menerokai kawasan kejiranan, menyokong ekonomi setempat serta mewujudkan peluang pekerjaan termasuk pemandu pelancong khusus,” katanya ketika merasmikan Melangkaui Seni, Berevolusi Dalam 50 Tahun Persidangan Seni Dan Mural Antarabangsa Miri 2025 di sini, hari ini.

Menurutnya, interaksi dengan mural di ruang awam turut memberi pengalaman galeri terbuka yang dinamik selain mendedahkan pengunjung kepada sejarah serta komuniti setempat yang menjadi inspirasi karya seni tersebut.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan pembangunan seni mural kekal lestari dari aspek artistik, alam sekitar dan ekonomi.

“Usaha ini perlu diselenggara dan dipelihara agar menjadi warisan berpanjangan buat Miri dan generasi akan datang.

“Kita juga ingin memperkukuh kedudukan Miri sebagai bandar terkemuka bagi seni mural dan seni jalanan di Asia Tenggara,” katanya lagi.

Persidangan itu menghimpunkan penggiat seni mural tempatan dan antarabangsa bagi memperluas jaringan kerjasama serta memperkasa industri seni kreatif tempatan yang berlangsung pada 13 dan 14 Jun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan