Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

Saham Boeing menjunam hampir 5 peratus selepas nahas Air India

ByBernama

ISTANBUL, 13 Jun: Saham syarikat pengeluar pesawat Boeing menjunam hampir lima peratus pada Khamis, susulan nahas melibatkan pesawat Air India 787-8 Dreamliner, insiden pertama membabitkan model pesawat itu, lapor Anadolu Ajansi.

Pesawat Air India penerbangan AI171 yang membawa 242 orang penumpang dan kru terhempas di sebuah kolej perubatan sejurus selepas berlepas dari bandar Ahmedabad di Gujarat, barat India.

Penumpang pesawat terdiri daripada 169 warga India, 53 warga Britain, tujuh warga Portugal dan seorang dari Kanada.

Kru penerbangan termasuk dua juruterbang dan 10 anak kapal.Setakat 16:15 EDT, harga saham Boeing di New York dicatatkan pada US$203.75.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan