Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek Rajang Delta Development Agency (RADDA) yang melibatkan kawasan Parlimen Mukah, Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian dan DUN Balingian hari ini.Foto Hanifah Hajar Taib FB

RADDA fokus Mukah jadi hab keterjaminan makanan

KUCHING, 13 Jun: Daerah Mukah semakin menyerlah sebagai kawasan strategik dalam menjayakan agenda keterjaminan makanan dan pembangunan mampan luar bandar apabila pelaksanaan projek di bawah Rajang Delta Development Agency (RADDA) terus diperkukuh.

Perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Projek RADDA yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib, melibatkan kawasan Parlimen Mukah, serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Tellian dan Balingian.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri ADUN Balingian, Abdul Yakub Arbi dan ADUN Tellian, Royston Valentine.

Hanifah menekankan bahawa pelaksanaan projek RADDA perlu sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), demi menjamin pembangunan berkualiti dan berdaya tahan.

Menurutnya antara tumpuan utama ialah memposisikan Mukah sebagai hab keterjaminan makanan, menerusi pengukuhan sektor perikanan dan infrastruktur berkaitan.

Inisiatif seperti pelabuhan tukun tiruan yang sebahagian daripada strategi Premier Sarawak, Datuk patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg jelas Hanifah turut diberi perhatian sebagai pemacu ekonomi dan pemuliharaan sumber marin.

“Kejayaan pelaksanaan projek RADDA memerlukan penglibatan aktif, idea serta perkongsian maklumat daripada semua pihak berkepentingan agar pembangunan jangka panjang yang dirancang dapat direalisasikan dengan berkesan,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan