Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bersedia memainkan peranan dalam penyelesaian isu pembekalan tenaga, sekali gus menangani isu dan cabaran kelestarian. Foto Petronas

Petronas anugerah kontrak pertama MBR 2025 kepada dialog, buka potensi hidrokarbon Sabah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Jun: PETRONAS menerusi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) telah menganugerahkan kontrak perkongsian pengeluaran aset medan kecil (SFA PSC) bagi kluster mutiara di luar pantai Sabah.

Dalam satu kenyataan hari ini, PETRONAS berkata kontrak tersebut ditawarkan menerusi bahagiannya, MPM, di bawah Pusingan Bidaan Malaysia 2025 (MBR 2025) yang dilancarkan awal tahun ini.

PETRONAS berkata kontrak itu yang meliputi kawasan sub-blok dalam Lembangan Sandakan, telah dianugerahkan kepada Dialog Resources Sdn Bhd (Dialog), yang akan bertindak sebagai pengendali tunggal dengan 100 peratus kepentingan penyertaan dalam blok itu.

Kluster mutiara, iaitu PSC pertama dianugerahkan di bawah MBR 2025, dijangka memulakan pengeluaran menjelang 2029.

Ia terdiri daripada lima medan, iaitu Nymphe, Nymphe North, Kuda Terbang, Benrinnes dan Mutiara Hitam.

Naib Presiden Kanan MPM Datuk Bacho Pilong berkata anugerah itu mencerminkan peningkatan keyakinan terhadap peluang huluan di Malaysia, dan syarat kompetitif yang ditawarkan di bawah MBR 2025.

“Sebagai pembentuk industri, MPM kekal komited untuk memudahkan perkongsian yang memberi kesan dan pemangkin pelaburan yang bukan sahaja memajukan aspirasi tenaga negara, tetapi juga memartabatkan pembangunan wilayah dengan kerjasama kerajaan Sabah.

“Kami juga berharap dan mengalu-alukan lebih ramai pelabur untuk menyertai Blok SB505, yang ditawarkan dalam MBR 2025 untuk membuka peluang potensi Lembangan Sandakan,” katanya.

PETRONAS turut mengulangi komitmennya untuk memastikan bekalan tenaga yang mampan dan optimum, dengan MPM memainkan peranan penting dalam menguruskan sumber petroleum negara dan menyediakan pengawasan untuk aktiviti petroleum huluan di Malaysia.

Sementara itu, dengan kedudukannya yang strategik di luar pantai timur Sabah, kontrak itu dijangka menjadi pemangkin untuk membuka lebih banyak peluang penerokaan di Lembangan Sandakan.

Ia juga menyokong pembentukan nilai yang lebih luas dan menggalakkan penyertaan tempatan, sejajar dengan aspirasi PETRONAS untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi menarik bagi pelaburan huluan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan