BANGKOK, 13 Jun: Sebuah pesawat Air India yang dalam penerbangan dari pulau peranginan Phuket, Thailand ke Delhi terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Jumaat susulan ancaman bom, menurut pihak berkuasa Lapangan Terbang Phuket, lapor Xinhua.
Media tempatan melaporkan bahawa Penerbangan AI 379 telah selamat mendarat dan pihak lapangan terbang segera mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan berkaitan insiden berkenaan. -TVS
–