Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Danial Ahmad Asri sah sertai Kuching City FC untuk musim 2024/2025. Foto Kuching City FC

Penyerang Selangor sah sertai Kuching City musim depan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 13 Jun: Pasukan Kuching City FC terus mengukuhkan jentera serangan mereka bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan dengan kehadiran bekas penyerang Selangor FC, Ahmad Danial Ahmad Asri yang sah menyertai pasukan berpangkalan di Bumi Kenyalang itu.

Pengumuman rasmi itu dibuat menerusi laman Facebook kelab, hari ini, yang turut menyifatkan kemasukan Danial sebagai suntikan besar kepada barisan hadapan Kuching City.

“Kami dengan bangga mengumumkan ketibaan penyerang muda berbakat, Ahmad Danial Ahmad Asri, yang secara rasmi menyertai Kuching City bagi menghadapi saingan musim baharu,” jelas kenyataan itu.

Pemain berusia 25 tahun itu sebelum ini beraksi bersama Selangor FC dan dikenali dengan kepantasan, kemahiran kawalan bola yang kemas serta penyudah yang tajam di depan gol.

Keupayaannya mencipta peluang dan menyudahkan hantaran tepat menjadikannya antara penyerang muda paling berpotensi dalam Liga Malaysia.

Selain pencapaian di peringkat kelab, Danial juga pernah menyarung jersi kebangsaan dalam beberapa kempen antarabangsa, termasuk Kejohanan AFC U-23 2022, mewakili skuad Malaysia B-23 di pentas Asia.

“Kini, Danial bersedia untuk membuka lembaran baru di Bumi Kenyalang dan memberikan segala-galanya demi lencana Kuching City di dada!”, kata kenyataan itu lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan