Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Masoud Pezeshkian. Foto AFP

Pentadbiran Pezeshkian ikrar Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel

ByBernama

TEHRAN, 13 Jun: Iran berikrar akan bertindak balas susulan serangan tentera Israel pada Jumaat yang mengorbankan pegawai kanan tentera serta orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak di Tehran dan beberapa bandar lain, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Dalam satu kenyataan tegas, pentadbiran Presiden Masoud Pezeshkian menyatakan bahawa Iran telah mula mengambil langkah pertahanan, politik dan perundangan bagi memastikan Israel “menyesal atas serangannya” dan tidak akan memberinya “walau sedetik ketenangan.”

“Dengan rejim yang buas seperti ini, tiada bahasa yang sesuai melainkan bahasa kekuatan,” kata kenyataan itu merujuk kepada Israel.

Kerajaan Iran turut menegaskan bahawa meskipun negara itu tidak pernah memulakan peperangan sejak 200 tahun lepas, ia tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan kedaulatan dan rakyatnya.

“Penamat kepada cerita ini akan ditulis oleh Iran,” kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu, dunia kini lebih memahami pendirian Iran berhubung haknya terhadap teknologi pengayaan, keupayaan nuklear dan peluru berpandu.

Menurut laporan media Iran, serangan Israel yang bermula awal pagi Jumaat menyasarkan lokasi ketenteraan, nuklear dan kawasan kediaman. Gambar yang disiarkan menunjukkan kediaman yang musnah di beberapa kawasan ibu negara, manakala saksi dan televisyen negara itu melaporkan kematian orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Antara yang terkorban termasuk pegawai tertinggi tentera, iaitu Pengerusi Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral Mohammad Baqeri, dan Panglima Tertinggi  Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mejar Jeneral Hossein Salami. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan