Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengaktifan sistem itu terhadap kenderaan berat dan kenderaan penumpang yang didaftarkan sebelum 1 Januari 2015 dan sudah dilengkapi dengan SLD juga diwajibkan- AAnthony loke setelah menghadiri Majlis Taklimat Penggunaan SLD di Shah Alam, pada Jumaat. Foto TVS

Pemasangan, pengaktifan sistem penghad kelajuan adalah wajib

SHAH ALAM, 13 Jun: Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan pelaksanaan sistem penghad kelajuan (SLD) ke atas kenderaan perdagangan, dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan bahawa sistem terbabit akan mengehadkan kelajuan maksimum kepada 90 kilometer per jam dan akan dilaksanakan bermula 1 Oktober 2025.

“SLD merupakan peranti kawalan had laju atau sistem yang direka untuk mengehadkan kelajuan maksimum kenderaan.

“Peranti ini bertujuan untuk mengelakkan pemanduan melebihi had laju yang ditetapkan, terutamanya bagi kenderaan yang membawa muatan berat atau penumpang,” jelasnya ketika menghadiri Majlis Taklimat Penggunaan SLD di Shah Alam, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua bas dan kenderaan berat melebihi 3.5 tan yang didaftarkan mulai 1 Januari 2015 diwajibkan mendapatkan Pengesahan Kefungsian dan Laporan SLD daripada pihak yang diiktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Penguatkuasaan bagi kategori ini akan bermula pada 1 Oktober 2025,” katanya.

Anthony turut memberitahu bahawa pengaktifan sistem itu terhadap kenderaan berat dan kenderaan penumpang yang didaftarkan sebelum 1 Januari 2015 dan sudah dilengkapi dengan SLD juga diwajibkan.

“Kenderaan berat serta kenderaan yang membawa penumpang melebihi lapan orang dan mempunyai berat maksimum melebihi 5,000kg yang dilengkapi dengan SLD, pengaktifan adalah wajib.

“Penguatkuasaan juga akan dilaksanakan terhadap kenderaan ‘rebuild’ dan kenderaan barangan import (berat melebihi 3,500kg),” tambahnya.

Beliau memberitahu, pelaksanaan penguatkuasaan bagi kategori ini akan bermula pada 1 Januari tahun hadapan.

Bagi kenderaan yang tidak dilengkapi SLD, Anthony berkata, pemasangan sistem itu adalah wajib secara retrofit dan penguatkuasaan akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2026.

“Pemasangan ini perlu disahkan oleh Technical Service (TS), bengkel yang diiktiraf oleh JPJ, atau badan pensijilan bertauliah,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa dokumen ini perlu diperbaharui setiap dua tahun dan dibawa semasa pemeriksaan kenderaan serta permohonan atau pembaharuan permit di Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan