Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian kemusnahan di Tehran, Iran ekoran serangan tentera Israel. Foto fail, AFP.

Panglima tentera, tokoh awam Iran terbunuh dalam serangan Israel

ByBernama

TEHRAN, 13 Jun: Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Mejar Jeneral Mohammad Baqeri, dan Panglima Tertinggi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mejar Jeneral Hossein Salami merupakan antara yang terbunuh dalam serangan Israel di Tehran.

Agensi Berita Republik Islam (IRNA) melaporkan, Baqeri dan Salami terbunuh dalam dua serangan berasingan pada awal pagi Jumaat.

Komander Markas Khatam al-Anbia, Mejar Jeneral Gholamali Rashid turut terbunuh dalam serangan itu.

Dua saintis nuklear, iaitu Presiden Universiti Azad Islam, Mohammad-Mehdi Tehranchi, dan bekas Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran, Fereydoun Abbasi turut terkorban dalam serangan berasingan.

Rejim Israel memulakan serangan ketenteraan di dalam dan sekitar ibu negara Iran, Tehran, serta beberapa bandar lain di Iran pada awal pagi Jumaat.

Bangunan kediaman turut menjadi sasaran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan