Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesawat Air India yang merempuh kompleks asrama sebuah kolej perubatan di kawasan perumahan berhampiran lapangan terbang. Foto media sosial

Malaysia nyatakan solidariti bersama kerajaan dan rakyat mangsa nahas pesawat Air India

ByBernama

PUTRAJAYA, 12 Jun: Malaysia menyatakan solidariti kepada kerajaan dan rakyat India, United Kingdom, Portugal dan Kanada susulan nahas tragik pesawat Air India penerbangan AI171 yang terhempas sejurus berlepas daripada Lapangan Terbang Ahmedabad pada 12 Jun.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan lewat Khamis merakamkan ucapan takziah dan simpati dengan tulus ikhlas, khususnya kepada keluarga mangsa yang terkorban dan semua yang terjejas dalam tragedi itu.

Pesawat yang dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Gatwick di London itu dilaporkan merempuh kompleks asrama sebuah kolej perubatan di kawasan perumahan berhampiran lapangan terbang, mengakibatkan banyak korban jiwa.

Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai mengesahkan bahawa tiada warganegara Malaysia berada dalam pesawat itu, dan kini sedang memantau rapat perkembangan serta akan menyalurkan maklumat dikemas kini  sekiranya perlu.

Warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan konsul boleh menghubungi Konsulat Jeneral di talian +91 22 6996 5757 atau hadir ke pejabat di Unit 12A1, 12A2 dan 12A3, Tingkat 13, Bangunan Supreme Headquarters, Jalan ke-14 dan ke-33, berhampiran Link Square Mall, Bandra West, 400 050 Maharashtra, India.

Pesawat Boeing 787 Dreamliner itu membawa 230 penumpang dan 12 anak kapal ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad pada 1.38 tengah hari waktu tempatan menuju ke London Gatwick.

Air India mengesahkan bahawa penumpang dalam pesawat termasuk 169 warganegara India, 53 warga Britain, tujuh warga Portugal dan seorang rakyat Kanada.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan