Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia menggesa rakan-rakan Israel, khususnya negara yang mempunyai pengaruh serta keupayaan diplomatik, agar menggunakan segala bentuk tekanan bagi menghentikan sebarang tindakan pencerobohan susulan serangan ketenteraan rejim itu terhadap Iran. Foto Bernama & Anwar Ibrahim (Facebook)

Malaysia kecam serangan Israel terhadap Iran, gesa tekanan global hentikan pencerobohan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Malaysia menggesa rakan-rakan Israel, khususnya negara yang mempunyai pengaruh serta keupayaan diplomatik, agar menggunakan segala bentuk tekanan bagi menghentikan sebarang tindakan pencerobohan susulan serangan ketenteraan rejim itu terhadap Iran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran Facebook beliau hari ini, mengecam sekeras-kerasnya serangan berkenaan, termasuk serangan yang disasarkan  dan telah mengorbankan pemimpin kanan Iran, sambil menyifatkannya sebagai tindakan berat dan melulu yang boleh memburukkan lagi ketegangan di rantau yang sudah pun rapuh.

“Tujuan utamanya jelas untuk mensabotaj rundingan yang sedang berlangsung antara Amerika Syarikat dan Iran. Ia juga berlaku ketika tindakan Israel di Gaza kembali menjadi perhatian dan tekanan politik terhadap (Perdana Menteri Israel) Benjamin Netanyahu semakin memuncak.

“Masyarakat antarabangsa tidak boleh membenarkan sebarang tindakan yang mensabotaj usaha diplomasi dan mengancam keamanan global,” kata Anwar.

Laporan media sebelum ini menyatakan bahawa rejim Israel melancarkan serangan ke atas ibu negara Iran, Tehran, serta beberapa bandar lain di negara itu.

Menurut Agensi Berita Republik Islam Iran (IRNA), serangan berkenaan berlaku awal pagi Jumaat, dan beberapa imej serta rakaman yang belum disahkan mula tular di media sosial, memaparkan langit Tehran dengan kepulan asap tebal kelihatan di beberapa lokasi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan