Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki kerugian kira-kira RM120,000 selepas terpedaya dengan pelaburan dalam talian yang kononnya dikendalikan sebuah syarikat pelaburan sah. Foto hiasan Envato

Lesap RM120,000 terpedaya pelaburan syarikat tidak wujud

SIBU, 13 Jun: Seorang buruh berusia lewat 40-an kerugian kira-kira RM120,000 selepas terpedaya dengan pelaburan dalam talian yang kononnya dikendalikan sebuah syarikat pelaburan sah.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata lelaki itu mendakwa melihat tawaran pelaburan itu di sebuah laman sesawang sekitar pertengahan Mac lalu ketika berada di rumah.

“Suspek kemudiannya membimbing mangsa untuk memulakan pelaburan dan menyatakan mangsa telah mendapat keuntungan besar setelah beberapa hari melabur.

“Namun mangsa perlu membuat pembayaran lain sekiranya ingin mengeluarkan keuntungan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mancha, mangsa merasakan ditipu dan bertindak menghubungi seorang individu yang tidak dikenali iaitu suspek yang menyamar sebagai sebuah badan kerajaan yang bertindak sebagai global anti scam.

Mangsa yang berniat untuk melaporkan kerugiannya secara dalam talian telah menuruti arahan suspek yang menyatakan mangsa perlu membuat pemindahan wang ke akaun yang diberikan oleh suspek.

“Dalam kejadian ini, mangsa yang terpedaya telah melakukan beberapa transaksi wang atas talian secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek berjumlah lebih kurang RM120,000.

“Mangsa telah menyedari dirinya ditipu apabila sehingga laporan polis dibuat, mangsa masih belum menerima sebarang keuntungan dan pemulangan wang seperti yang dijanjikan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan