Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ewon Benedick berucap semasa merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan PPDK Penampang 2025 di Penampang, hari ini. Foto Media DEB

KUSKOP fokus pembiayaan perusahaan sosial dan fasiliti warga emas dalam RMK13

PENAMPANG, 13 Jun: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan memberi tumpuan kepada pembiayaan khas untuk perusahaan sosial serta penambahbaikan fasiliti bagi golongan berkeperluan khas dan warga emas dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata langkah itu selaras dengan Dasar Perusahaan Sosial Malaysia 2030 (SEMy2030) yang menyokong inisiatif komuniti melalui koperasi dan syarikat berfokus penjagaan sosial.

“KUSKOP melalui SME Bank dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menyediakan pembiayaan khas kepada perusahaan sosial yang berdaftar dan diakreditasi.

“Saya mengalu-alukan koperasi dan syarikat untuk tampil mendapatkan pengiktirafan tersebut melalui kementerian,” katanya ketika merasmikan Pesta Kaamatan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Penampang 2025 di Dewan Perpustakaan Daerah Penampang, hari ini.

Pada majlis itu, Ewon turut menyampaikan peruntukan berjumlah RM20,000 daripada beliau selaku Ahli Parlimen Penampang kepada PPDK Penampang bagi menambah baik kemudahan sedia ada.

“Saya menyalurkan peruntukan tahunan kepada PPDK Penampang sejak dipilih sebagai Ahli Parlimen, sebagai sokongan kepada usaha guru dan ibu bapa di sini,” katanya.

Menurut beliau, Pelan Pembangunan Penampang 2023 turut menggariskan keperluan penyediaan fasiliti yang menyokong komuniti menua dan orang kurang upaya (OKU).

“Saya akan terus memperjuangkan penyediaan kemudahan penjagaan untuk warga emas dan OKU agar mereka tidak tercicir dalam arus pembangunan,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan