Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran, Mejar Jeneral Hossein Salami. Foto fail AFP

Ketua IRGC Iran Hossein salami terbunuh dalam serangan Israel

ByBernama

TEHRAN, 13 Jun: Ketua Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran, Mejar Jeneral Hossein Salami dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara oleh Israel di Tehran pada awal pagi Jumaat, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Saluran televisyen kerajaan memetik laporan agensi berita Tasnim yang menyatakan bahawa Salami terbunuh dalam serangan Israel semalaman.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut diperoleh berhubung kejadian itu.

Tasnim turut melaporkan bahawa dua saintis nuklear Iran, Mohammad-Mehdi Tehranchi yang juga Presiden Universiti Azad Islamik serta Fereydoun Abbasi, bekas Ketua Pertubuhan Tenaga Atom Iran turut terbunuh dalam serangan berasingan.

Beberapa lokasi lain di dalam dan sekitar Tehran, termasuk di beberapa bandar lain, turut menjadi sasaran serangan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan