Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika berucap pada majlis perasmian Karnival Gawai Tradisi Peringkat Negeri Sarawak 2025 di FORUM Cultural Centre, Miri, hari ini. Foto TVS

Kerajaan Sarawak tumpu pembangunan menyeluruh untuk semua kaum

ByVanessa Enjop

MIRI, 13 Jun: Karnival Gawai Tradisi Peringkat Negeri Sarawak bukan sahaja menjadi landasan untuk meraikan budaya masyarakat Dayak, tetapi turut menjadi platform bagi kerajaan menyampaikan komitmen terhadap pembangunan luar bandar dan pendidikan anak-anak Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menegaskan kepentingan pemerkasaan komuniti Dayak dalam memanfaatkan segala kemudahan dan peluang pembangunan yang sedang disediakan oleh kerajaan negeri.

“Kerajaan sudah buka ruang untuk bantu anak-anak kita ke sekolah. Kita sediakan biasiswa untuk universiti tempatan, dan juga peluang kerja dalam sektor baharu seperti hidrogen, ammonia, aeroangkasa, digital. Semua itu ada peluang,” katanya ketika berucap merasmikan di sini, hari ini.

Beliau turut menasihatkan agar masyarakat Dayak mengambil pendekatan proaktif dalam mendepani cabaran era baharu.

“Kita mesti bekerja lebih kuat, lebih bijak dan ambil peluang semua kemudahan yang ada,” tambahnya.

Menyentuh aspek pembangunan wilayah, Uggah berkata penubuhan sembilan agensi pembangunan wilayah di seluruh Sarawak adalah langkah tepat untuk memastikan pertumbuhan yang seimbang di setiap kawasan.

“Agensi ini merangkumi seluruh Sarawak, melibatkan semua kaum dan kumpulan supaya pembangunan lebih menyeluruh dan tersusun,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa sejumlah RM475 juta telah dibelanjakan untuk rumah-rumah ibadat dan RM90 juta untuk sekolah mubaligh di seluruh negeri.

Khusus untuk Bahagian Miri, peruntukan sebanyak RM58 juta telah disalurkan untuk pelbagai projek pembangunan.

Uggah juga menyentuh inisiatif pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), dengan anggaran kawasan yang terlibat di Sarawak kini mencecah dua juta hektar, termasuk 98,983 hektar di Miri yang telah diluluskan setakat ini.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan