Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Kali Ke-90 di sini, hari ini. Foto Bernama

Kerajaan bantu kurangkan hutang Koperasi PDRM – PM Anwar

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Kerajaan menyatakan komitmen untuk membantu Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad bagi menghapuskan hutang yang dimiliki oleh badan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu selepas permohonan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang meminta beliau untuk menghapus kira hutang premis Kolej UNIKOP Cyberjaya, bagi Tahun 2024 kepada pihak Cyberview Sdn. Bhd.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan, kerajaan tidak menghapuskan hutang tersebut secara sepenuhnya, sebaliknya memberi pengecualian munasabah.

“Saya berpandangan begini, tidak wajar untuk lupus semua, tetapi berdasarkan prestasi baik pengurusan polis, kita akan berikan potongan yuang munasabah.

“Saya minta Koperasi PDRM berikan laporan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan juga saya, dan pada masa sama, kita akan lihat sama ada Menteri Kewangan (MOF) boleh mencari jalan lain .

“Misalnya, satu projek yang diberikan (MOF) memanfaatkan 100,000 anggota polis, itu saya beri jaminan. Selepas ini akan ada pertemuan dengan pihak koperasi dan mereka akan memperincikan hal-hal itu untuk kita bantu ringankan beban dari segi pengurusan dan hutang lapuk mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad Kali Ke-90 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan memilih untuk memberi projek sesuai kepada Koperasi PDRM berbanding penyaluran dana tambahan bagi meningkatkan keuntungan ahli koperasi.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya turut menyatakan komitmen untuk memperuntukkan beberapa projek kepada Koperasi PDRM untuk dilaksanakan susulan prestasi pengurusan yang memberangsangkan dipamer oleh koperasi itu.

“Insya-Allah, saya akan akan luluskan dua hingga tiga projek untuk dijalankan oleh koperasi. Saya memang nampak garang, tapi hati saya senang kalau orang kerja kuat, disiplin tinggi prestasi memuaskan dan rundingan baik,” katanya.

Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan wang pampasan caruman insuran kepada sembilan waris anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam nahas jalan raya di Teluk Intan, Perak, Mei lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan