Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada majlis perasmian Karnival Gawai Tradisi 2025 di Miri, hari ini. Foto TVS

Karnival Gawai Tradisi 2025 platform perpaduan dan tarikan pelancongan

ByVanessa Enjop

MIRI, 13 Jun: Karnival Gawai Tradisi Peringkat Negeri Sarawak 2025 menjadi platform penting dalam memperkasakan warisan budaya komuniti Dayak dan Orang Ulu serta memperkukuh perpaduan antara kaum.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata acara seumpama ini sangat penting dalam mempromosi kekayaan budaya tempatan kepada pelancong dan generasi muda.

“Inilah peluangnya untuk Orang Ulu tampilkan budaya, tradisi dan jenis makanan kepada semua. Khususnya kepada sektor pelancongan,” katanya ketika merasmikan Karnival Gawai Tradisi Peringkat Sarawak di Pusat Kebudayaan Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) di sini, hari ini.

Menurutnya, penganjuran karnival ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menyokong penglibatan komuniti dalam melestarikan identiti budaya masing-masing.

Karnival selama dua hari ini menyaksikan penyertaan pelbagai persatuan komuniti Dayak dan Orang Ulu dari seluruh negeri dengan lebih 13 jenis permainan tradisional dipertandingkan, antaranya menyumpit, tarik tali, batak lampung (gasing), menebar jala atas kelapa dan madiep dueng pew.

Uggah turut menyeru agar karnival ini dimanfaatkan sebagai jambatan integrasi antara pelbagai kaum di Sarawak.

“Ini juga cara kita untuk mengeratkan perpaduan antara kita, antara komuniti Orang Ulu, Dayak dan juga komuniti-komuniti yang lain,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan