Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat bertugas di luar bangunan yang rosak teruk selepas disasarkan dalam serangan Israel di ibu negara Iran, Tehran pada 13 Jun 2025. Foto AFP

Jordan tutup ruang udara, hentikan penerbangan susulan serangan Israel ke atas Iran

ByBernama

ISTANBUL, 13 Jun: Jordan pada Jumaat mengumumkan penutupan sementara ruang udaranya, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Jordan menyatakan bahawa semua trafik udara keluar dan masuk ke negara itu dihentikan “bagi menjangkakan sebarang risiko yang mungkin timbul susulan peningkatan ketegangan di rantau ini,” lapor agensi berita rasmi Petra.

Keputusan itu dibuat selepas Israel melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran terhadap Iran awal pagi Jumaat, dengan serangan menyasarkan program nuklear serta keupayaan peluru berpandu jarak jauhnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan