Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rejim Israel melancarkan serangan udara di ibu negara Iran, Tehran, serta beberapa bandar lain di seluruh negara itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA). Foto media sosial

Israel serang Tehran dan beberapa bandar di Iran

ByBernama

TEHRAN, 13 Jun: Rejim Israel melancarkan serangan udara di ibu negara Iran, Tehran, serta beberapa bandar lain di seluruh negara itu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Serangan berlaku awal pagi Jumaat, dengan imej dan rakaman tidak disahkan mula tersebar di media sosial memaparkan langit Tehran diselubungi asap tebal dari beberapa lokasi.

Beberapa gambar menunjukkan kerosakan pada bangunan kediaman di pelbagai kawasan di ibu negara.

Menurut saksi dan wartawan televisyen kerajaan, antara mangsa yang terkorban termasuk wanita dan kanak-kanak.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, laporan dari media Amerika Syarikat dan Israel menyebut tentang kemungkinan serangan ke atas Iran.

Susulan itu, pegawai tinggi Iran memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif terhadap wilayahnya akan mengundang akibat yang dahsyat.

Amerika Syarikat sebelum itu memulakan pemindahan kakitangan kedutaan dan ahli keluarga mereka dari rantau itu, susulan maklumat risikan yang menunjukkan Israel merancang untuk menyerang kemudahan nuklear Iran.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Setiausaha Negara AS Marco Rubio menegaskan bahawa tindakan Israel terhadap Iran adalah secara “sepihak” dan Amerika Syarikat tidak terlibat dalam operasi itu.

Ketua Komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Mejar Jeneral Hossein Salami dilaporkan terbunuh dalam satu serangan.

Beberapa siri letupan dilaporkan berlaku di loji nuklear Natanz, yang terletak di wilayah Bushehr.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan