Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cermin belakang kereta yang retak dalam satu kejadian di Kota Samarahan, malam tadi. Foto IPD Kota Samarahan

Hentak cermin kenderaan hingga retak sebelum larikan diri

KOTA SAMARAHAN, 13 Jun: Dua lelaki menungggang motosikal bertindak menghentak cermin belakang sebuah kenderaan sehingga retak sebelum melarikan diri di Jalan Samarindah di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintendan Damataries Lautin berkata dalam kejadian jam 7.47 malam itu, pemandu kenderaan Perodua Beza, seorang lelaki berusia 36 tahun tidak memberhentikan kenderaannya dan terus balik ke rumah sebelum membuat laporan polis berhubung kes itu.

“Mangsa tidak mengetahui motif kejadian dua suspek tersebut bertindak menghentak cermin belakang keretanya sehingga retak.

“Malah, mangsa tidak pernah berselisih faham dengan mana-mana orang dan tidak pernah meminjam wang dari mana-mana ejen atau Ahlong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hasil semakan rekod jenayah lampau mangsa bebas daripada sebarang jenayah dan semakan melalui pusat sehenti pula mangsa tidak pernah membuat sebarang laporan polis dan ini merupakan kali pertama.

“Tempat kejadian tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup, namun kereta mangsa mempunyai Dashcam.

“Hasil semakan mendapati imej motosikal dan suspek tidak kelihatan kerana kawasan kejadian gelap tiada pengcahayaan, hanya kelihatan pantulan cahaya lampu motosikal yang dinaiki suspek sahaja.

“Nombor pendaftaran motosikal dan imej suspek langsung tidak kelihatan,” ujarnya.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan, akibat kejadian itu mangsa mengalami kerugian sebanyak RM300.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found