Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei (kanan) mengakui sudah mula mendapatkan rentak permainan bersama pasangannya Chen Tang Jie (kiri) selepas kembali digandingkan pada April lepas. Foto Bernama

Ee Wei sudah mula dapat rentak bersama Tang Jie

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei mengakui sudah mula mendapatkan rentak permainan bersama pasangannya Chen Tang Jie selepas kembali digandingkan pada April lepas.

Beliau berkata bagaimanapun masih banyak perkara yang perlu dilakukan bersama Tang Jie terutama dalam mengembalikan semula prestasi pada tahap terbaik seperti sebelum ini.

“Di Terbuka Singapura kami tidak beraksi dengan baik, tetapi kami cuba untuk kembali fokus di Terbuka Indonesia dan berjaya mara ke separuh akhir.

“Saya percaya kami mampu bangkit kembali secara beransur-ansur. Namun, masih banyak yang perlu dilakukan dan kami perlu terus komited dalam latihan,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pasukan kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.

Pada Mac, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan gandingan itu dipisahkan bagi memberi ruang kepada jurulatih mencuba kombinasi baharu susulan ketegangan dalam hubungan mereka.

Bagaimanapun Tang Jie-Ee Wei kembali digandingkan pada Piala Sudirman dan berjaya membantu Malaysia mara hingga ke suku akhir.- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan