Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan kerja dan penanda aras ke DUN Sarawak.Foto UKAS

DUN Negeri Sembilan adakan lawatan penanda aras ke DUN Sarawak

KUCHING, 13 Jun: Delegasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang diketuai oleh Speaker, Dato’ MK Ibrahim Abdul Rahman telah mengadakan lawatan kerja dan penanda aras ke DUN Sarawak, di sini pada Khamis.

Lawatan rasmi tersebut turut diiringi pegawai kanan pentadbiran DUN Negeri Sembilan serta wakil urus setia.

Ketibaan rombongan disambut oleh Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.

Sepanjang lawatan, delegasi dibawa melawat ke beberapa lokasi penting dalam Bangunan DUN Sarawak, termasuk dewan persidangan dan galeri sejarah, sebelum menghadiri sesi taklimat khas daripada Mohamad Asfia.

Sesi tersebut menjadi platform kepada kedua-dua belah pihak untuk bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman berkenaan sejarah penubuhan, struktur pentadbiran, pengurusan organisasi dan operasi Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Lawatan ini dilihat mampu memperkukuh hubungan antara institusi legislatif kedua-dua negeri, sekali gus memperkaya amalan tadbir urus dan kefahaman sistem demokrasi berparlimen di peringkat negeri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan