Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
CONSAL XIX akan berlangsung dari 16 hingga 19 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

CONSAL XIX angkat perpustakaan sebagai pemacu komuniti inklusif

ByTVS

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Perpustakaan bukan sekadar gedung ilmu, sebaliknya menjadi pemacu penting dalam merapatkan jurang sosial dan membina komuniti inklusif, selari dengan semangat perpaduan serantau.

Menurut kenyataan Kementerian Perpaduan Negara, peranan itu bakal diketengahkan menerusi penganjuran Congress of Southeast Asian Librarians ke-19 (CONSAL XIX) dari 16 hingga 19 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur dan dijadual akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bertemakan “Leveraging Inclusivity, Empowering Humanity”, persidangan dwitahunan itu akan memfokus kepada bagaimana perpustakaan mampu menjadi rakan strategik dalam pembangunan komuniti, khususnya dalam menyokong golongan terpinggir dan kurang upaya,” kata kenyataan itu, hari ini.

Penganjuran CONSAL XIX bertepatan dengan Kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia dan mencerminkan komitmen negara dalam mengukuhkan jaringan kerjasama serantau berasaskan nilai ilmu, perpaduan dan pembangunan masyarakat yang mampan.

“Melalui penyertaan pustakawan, institusi perpustakaan, sekolah kepustakawanan dan profesional maklumat dari seluruh Asia Tenggara, persidangan ini akan menjadi wadah penting dalam memperkasa peranan perpustakaan sebagai pemangkin ekosistem ilmu serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs),” menurut kenyataan itu, hari ini.

CONSAL ditubuhkan pada 1970 hasil inisiatif pustakawan Malaysia dan Singapura, dan kini mengumpulkan 10 negara ASEAN sebagai ahli, termasuk Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

“Kerajaan MADANI melalui Kementerian Perpaduan Negara dan institusi perpustakaan tempatan komited menjayakan CONSAL XIX sebagai platform memperkukuh integrasi serantau, seiring matlamat perpaduan nasional dan ASEAN,” kata kenyataan itu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan