Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang ketika merasmikan pertandingan Datun Julud dan Sape Tradisional di bangunan Persekutuan Persatuan-Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM), Miri, pada Khamis. Foto TVS

Budaya Orang Ulu warisan tak ternilai, harus dipelihara

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 13 Jun: Karnival Gawai Tradisi 2025 diyakini memperkukuh warisan budaya Orang Ulu yang kaya dengan nilai tradisi serta keunikan, sekali gus mengangkat martabat seni budaya etnik itu ke tahap yang lebih tinggi.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang berkata, festival seumpama ini bukan sekadar perayaan malah menjadi wadah untuk memperlihatkan keunikan seni, budaya dan warisan Orang Ulu kepada masyarakat tempatan mahupun di peringkat antarabangsa.

“Petikan melodis sape yang sangat mengasyikkan itu seakan-akan sebati dengan irama alam yang menenangkan jiwa. Tidak hairanlah apabila alat muzik tradisional kita ini kini memukau serta menakluki persada muzik dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pertandingan Datun Julud dan Sape Tradisional di bangunan Persekutuan Persatuan-Persatuan Orang Ulu Sarawak Malaysia (FORUM), Miri, pada Khamis.

Beliau turut menekankan kepentingan memelihara warisan budaya seperti tarian Ngajat dan seni pakaian tradisional yang dihiasi ukiran penuh simbolisme budaya Orang Ulu agar terus dipertahankan dan tidak pupus ditelan arus permodenan.

Oleh itu, beliau menyeru seluruh lapisan masyarakat, terutamanya generasi muda untuk terus menghargai dan menyuburkan seni budaya ini.

“Budaya ini tidak akan diwarisi jika kita tidak menanamkan kesedaran dan didikan kepada generasi muda,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Liwan turut menyatakan penghargaan kepada kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas komitmen mereka dalam menyatukan komuniti etnik Orang Ulu.

“Komitmen ini berjaya menyatukan suara-suara dalam kalangan komuniti etnik Orang Ulu dari Lawas hingga ke Belaga, termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti Ba’kelalan, Bukit Sari, Telang Usan, Mulu, Murum, Belaga serta kawasan Parlimen di bawah naungan GPS,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan