Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Artis solo K-pop, B.I bakal mengadakan 2025 B.I TOUR: The Last Parade Tour in Kuala Lumpur  pada  21 Sept depan. Foto Lo-Fi Entertainment.

Artis solo K-Pop, B.I bakal temui peminat di KL pada 21 Sept

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 Jun: Artis solo K-pop, B.I bakal mengadakan 2025 B.I TOUR: The Last Parade Tour in Kuala Lumpur  pada  21 Sept depan.

Lo-Fi entertainment dalam satu kenyataan hari ini berkata peminatnya yang lebih dikenali sebagai ID iaitu “Be identity” boleh menyaksikan persembahan memukau idola mereka itu di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, di sini.

“Peminat boleh menantikan sebuah pertunjukan penuh gah daripada B.I dalam The Last Parade Tour susulan pelancaran album studio ketiga berjudul ‘Wonderland’ yang memuatkan 11 lagu.

“Penonton juga berpeluang mendengarkan lagu-lagu baharu dan terdahulu dendangan B.I, termasuk daripada album studio iaitu Waterfall dan To Die For serta extended play (EP) berjudul Love or Loved Part 1 dan Love or Loved Part 2,” menurut kenyataan itu.

Sejak kemunculan semulanya sebagai artis solo pada 2021 di bawah label 131 yang diasaskannya, bekas anggota kumpulan iKON ini telah mengukir nama dalam era baharu muzik dengan pelbagai lagu hit, konsert jelajah dan penampilan di pesta muzik berskala besar seperti Lollapalooza dan Rolling Loud.

Kolaborasi lagu tersohor B.I termasuk Ferris Wheel dinyanyikan bersama-sama dengan Heize;  Happy Alone milik Woosung The Rose dan DeVita menerusi lagu BTBT.

Tiket boleh dibeli di www.ticketingtix.com bermula hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan