Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
kaki mayat
Foto hiasan

Angka korban demam berdarah crimea-congo di Iraq meningkat kepada 19 orang

ByBernama

BAGHDAD, 13 Jun: Angka kematian akibat demam berdarah Crimea-Congo (CCHF) di Iraq meningkat kepada 19 sejak awal tahun ini, menurut Kementerian Kesihatan Iraq pada Khamis, lapor Xinhua.

Jurucakap kementerian Saif al-Badr berkata dalam satu kenyataan bahawa sejumlah 123 kes CCHF telah direkodkan di seluruh negara, dengan 19 kematian.

Beliau memaklumkan wilayah selatan Dhi Qar mencatat jumlah jangkitan tertinggi dengan 36 kes dan satu kematian, diikuti Baghdad dengan 18 kes dan lima kematian.

Kemas kini terbaharu ini menunjukkan peningkatan berbanding angka yang diumumkan pihak berkuasa kesihatan Iraq pada 5 Jun lepas, iaitu 107 kes dan 16 kematian.

Dalam kenyataan itu, al-Badr turut menggesa pihak berkuasa keselamatan mengambil langkah sewajarnya bagi membendung aktiviti penyeludupan ternakan yang boleh menyumbang kepada penularan penyakit berjangkit.

CCHF, mempunyai simptom seperti demam, sakit otot, sakit kepala dan pendarahan, mempunyai kadar kematian tinggi antara 10 hingga 40 peratus.

Sejak akhir 1970-an, CCHF menjadi penyakit virus demam berdarah paling lazim di Iraq. Ia menular kepada manusia terutamanya melalui gigitan kutu atau sentuhan dengan darah dan tisu haiwan dijangkiti, khususnya ternakan.

Iraq telah mengalami beberapa wabak berulang CCHF sejak itu, dengan kejadian terbesar direkodkan pada 2023 apabila lebih 587 kes dan 83 kematian dilaporkan, kebanyakannya di wilayah selatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan