Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Israel melancarkan serangan berskala besar pada awal Jumaat dengan menghantar kira-kira 200 pesawat untuk menyasarkan program nuklear Iran dan keupayaan peluru berpandu jarak jauhnya. Foto AFP

78 terbunuh, 329 cedera dalam serangan udara Israel di Tehran

ByBernama

ISTANBUL, 13 Jun: Sekurang-kurangnya 78 orang terbunuh manakala 329 lagi cedera dalam siri serangan udara oleh Israel yang menyasarkan ibu negara Iran, Tehran, awal pagi Jumaat, lapor media tempatan.

“Angka tidak rasmi korban akibat serangan pengganas rejim Zionis di wilayah Tehran hari ini dianggarkan 329 cedera dan 78 syahid,” lapor Anadolu Ajansi yang memetik agensi berita separa rasmi Iran, Fars.

Israel melancarkan serangan berskala besar pada awal Jumaat dengan menghantar kira-kira 200 pesawat untuk menyasarkan program nuklear Iran dan keupayaan peluru berpandu jarak jauhnya. Beberapa pegawai kanan tentera dan ahli sains nuklear Iran dilaporkan terbunuh dalam serangan itu.

Iran telah berikrar untuk mengambil “tindakan balas yang keras” dan menyeru agar Mesyuarat Tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan bagi menuntut Israel bertanggungjawab atas tindakannya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan