Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
UEM Edgenta Berhad telah menjalin kerjasama dengan 21 Estates Group FZCO untuk menubuhkan sebuah syarikat usaha sama (JV) yang baru dan memperluaskan kehadiran pengurusan hartanya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Foto UEM EDGENTA

UEM Edgenta, 21 Estates tubuh usaha sama di Dubai

KUCHING, 12 JUN: UEM Edgenta Berhad hari ini mengumumkan penubuhan sebuah syarikat usaha sama baharu bersama 21 Estates Group FZCO, dalam langkah strategik untuk memperluaskan kehadiran perniagaan pengurusan hartanya ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Usaha sama itu, yang dijangka dikenali sebagai ‘DuaSatu’ akan menyediakan rangkaian perkhidmatan pengurusan hartanah yang komprehensif dan dipacu teknologi.

Antara perkhidmatan yang akan ditawarkan termasuk pengurusan persatuan pemilik dan hartanah, perundingan dan nasihat pengurusan, perkhidmatan penyewaan serta nasihat hartanah bagi projek pembangunan utama.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin, kerjasama strategik ini dijangka memperkukuh kedudukan syarikat dalam pasaran Timur Tengah, khususnya di Dubai.

“Industri hartanah Dubai terus menawarkan peluang yang luar biasa, dan kerjasama ini dengan 21 Estates akan meletakkan kami untuk menyediakan penyelesaian pengurusan hartanah bertaraf dunia yang dipacu teknologi untuk menyokong beberapa pembangunan ikonik di rantau ini.

“Ia juga mencerminkan komitmen kami untuk membina nilai jangka panjang untuk pemegang kepentingan kami, sambil memperkukuhkan jenama dan kepimpinan UEM Edgenta di Timur Tengah,” kata Syahrunizam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan