BINTULU, 12 Jun: Sistem tali sawat yang digunakan mengangkut alumina terbakar di sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju Jalan Pesisir Bintulu-Miri awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 1.18 pagi dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju ke loasi kejadian.
“Pihak bomba membuat size-up di lokasi dan mengarahkan anggota membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran 600 kaki pam jentera air pili bomba bertekanan kilang tersebut dengan menaiki tangga ke tinggat lima menara itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 2.30 pagi.