Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Simposium Fabrik ASEAN 2025 akan berlangsung dari 9 hingga 10 Julai di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM), di Kuala Lumpur. Foto Muzium Tekstil Negara

Simposium Fabrik ASEAN 2025 akan diadakan pada 9 hingga 10 Julai

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Simposium Fabrik ASEAN 2025 akan berlangsung dari 9 hingga 10 Julai di Auditorium Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM), di sini, menyoroti perjalanan luar biasa tekstil ASEAN bermula sekadar warisan budaya kepada inovasi mampan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata acara itu bertujuan menghimpunkan para artisan, penyelidik, pereka, dan penggiat budaya dari seluruh rantau untuk meneroka bagaimana amalan tekstil tradisional boleh berkembang dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih mampan.

“Kami berbesar hati untuk mempelawa anda ke Simposium Fabrik ASEAN 2025 anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia.

“Simposium pada tahun ini mengetengahkan tema ‘Textile Sustainability: Tradition Towards Transformation,’ katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Simposium itu juga menyediakan peluang kepada para peserta untuk terlibat dalam dialog mengenai cara memelihara amalan tradisional sambil beralih kepada perubahan yang berteraskan mesra alam.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai tetapi terhad 200 peserta sahaja.

Acara ini sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk mempromosikan budaya serantau dan pembangunan mampan melalui inisiatif berteraskan warisan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan