Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Dr Ripin Lamat ketika berucap menyempurnakan Seminar Asas Pembangunan Produk dan Servis (SAPPS) di sini, hari ini. Foto: Surfri Affendi (TVS)

Seniorpreneur: Inisiatif perkasa pesara ceburi bidang usahawan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 12 Jun : Satu program khas untuk golongan pesara atau yang bakal bersara dicadangkan bagi membantu mereka menceburi bidang keusahawanan, kata Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat.

Menurut beliau, kementerian dan agensi berkaitan disarankan meneliti penubuhan program yang dinamakan ‘Seniorpreneur’, sebagai satu inisiatif membimbing golongan berkenaan agar dapat memanfaatkan pengalaman, pendidikan dan simpanan kewangan mereka untuk memulakan perniagaan selepas bersara.

“Mungkin boleh kita fikirkan, pada masa akan datang agar agensi serta kementerian yang berkaitan dapat meneliti cadangan untuk mewujudkan satu program khas yang dinamakan ‘Seniorpreneur’.

“Jika kita lihat ramai yang sudah menghampiri usia persaraan mempunyai modal kewangan seperti pencen dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ini merupakan salah satu faktor penting kerana modal kewangan salah satu komponen utama untuk memulakan perniagaan,” katanya ketika berucap menyempurnakan Seminar Asas Pembangunan Produk dan Servis (SAPPS) di sini, hari ini.

Dr Ripin turut menekankan potensi kerjasama antara pesara dan usahawan sedia ada sebagai strategi memperkukuh keusahawanan golongan ini.

Menurutnya, cadangan terbabit juga berperanan membantu mencegah pesara daripada menjadi mangsa penipuan kewangan, seperti yang sering dilaporkan di media sosial dan akhbar.

“Seringkali kita mendengar di media sosial dan akhbar mengenai pesara yang ditipu (scam) sehingga habis duit pencen mereka. Jadi mungkin kita boleh fikirkan satu program khas bagi usaha golongan pesara atau hampir besara untuk meneruskan kesinambungan kehidupan dan ke arah yang lebih baik,” katanya lagi.

Seminar SAPPS yang berlangsung selama satu hari itu dihadiri seramai 454 peserta dari seluruh wilayah Sarawak dianjurkan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), Kementerian Perdagangan, Perindustrian dan Pelaburan Sarawak (MINTRED), serta agensi dan NGO keusahawanan tempatan.

Tujuan seminar adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada peserta mengenai pentingnya pembangunan produk dan perkhidmatan yang betul dalam keusahawanan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan