Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ezam Shahrizan (kiri), , Veny Lestari dan Hassim Abdul Kadir ketika ditemui media. Foto Jazni Hanif (TVS).

Seminar sejarah Sarawak – Sambas buka mata anak muda perihal asal usul

ByAtikah Norman

KUCHING, 12 Jun: Seminar Pertalian Kerajaan Kesultanan Sarawak dan Sambas menjadi salah satu pemangkin kepada kesedaran terhadap asal usul dalam kalangan golongan muda selain membuka ruang untuk pertemuan semula antara ahli keluarga yang terpisah.

Menurut pelajar tempatan, seminar sedemikian memberi pendedahan kepada golongan muda seperti mereka perkara berhubung pertalian persaudaraan antara Sarawak dan Sambas yang erat.

“Saya tidak tahu banyak tentang Sambas sebelum ini tapi setelah seminar ini, memang banyak ilmu yang saya dapat. Adat dan budaya Sarawak dan Sambas pun hampir sama dengan sedikit perbezaan sahaja,” kata Ezam Shahrizan, pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) apabila ditemui pemberita di Borneo Cultures Museum, hari ini.

Bagi pihak waris-waris kerabat pula, seminar berkenaan diakui mereka menjadi titk temu untuk mengukuhkan semula silaturahim yang terpisah sejak turun-temurun.

“Seminar hari ini menjadi satu touchpoint bagi kerabat Sarawak dan Sambas. Jadi program ini amat bernilai bagi pihak kami,” ujar Hassim Abdul Kadir yang merupakan Biro Adat Istiadat Pertubuhan Keturunan dan Waris Pengiran Sarawak.

Beliau dalam pada itu menzahirkan kebanggaannya ekoran keluarganya yang mempunyai hubungan langsung dengan Istana Sambas sambil menyifatkan seminar itu mengangkat semula nilai dan jati diri mereka yang menjadi sebahagian daripada sejarah.

Manakala, wakil keluarga dari Sambas, Veny Lestari berkata bahawa mereka sentiasa berusaha untuk menjejako saudara mara di Sarawak melalui program ziarah tahunan ke makam Raja Tengah yang berada di Santubong.

Sementara itu, seminar kali ini turut menarik perhatian Dr Zainal Abdul Latif, mantan tenaga pengajar dalam bidang teater sebuah institusi pengajian tempatan yang khusus tiba dari Semenanjung Malaysia untuk menghadiri seminar hari ini.

Beliau mengakui amat tertarik dengan kisah sejarah Sarawak berikutan kini dalam perancangan untuk menerbitkan filem sejarah berkenaan Datu Patinggi Abdul Ghapur.

 

Dr Zainal Abdul Latif, Mantan Profesor Madya dalam bidang teater yang tiba dari Semenanjung Malaysia untuk menghadiri seminar tersebut. Foto Jazni Hanif (TVS).

Tambahnya yang menyimpan harapan agar Sarawak menganjurkan lebih banyak seminar tentang sejarah wilayah ini kerana fakta sejarah tempatan perlu mengkaji semula berdasarkan perspektif tempatan.

“Saya sarankan orang-orang Sarawak selalu membuat seminar ini supaya kita dapat menulis sejarah dari perspektif kita sendiri bukannya ditulis oleh orang luar,” tegas beliau yang juga merupakan cicit kepada Datu Patinggi Abdul Ghapur.

Ahli rombongan dari Sambas turut melihat seminar ini sebagai satu peluang kolaborasi antara Sambas dan Sarawak dari segi yang lain iaitu budaya dan warisan seperti makanan, perkahwinan dan kesenian.

“Kita satu kultur, satu keturunan, jadi dari penganjuran acara budaya dan warisan, mungkin kita dapat melihat persamaan antara budaya kita,” cadang Veny lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan