Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia berada dalam pesawat Air India penerbangan AI171 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Ahmedabad ketika berlepas pada Khamis. Foto hiasan AFP

Pesawat terhempas di Gujarat, barat India selepas berlepas

ByBernama

ISTANBUL, 12 Jun: Sebuah pesawat terhempas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Gujarat, negeri barat India pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi yang memetik pengesahan pihak polis.

Menurut laporan Press Trust of India yang memetik pihak berkuasa tempatan, nahas itu berlaku di kawasan Meghaninagar.

Beberapa ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian dan pasukan kecemasan kini sedang menjalankan operasi menyelamat.

Beberapa media melaporkan kemungkinan terdapat penumpang di dalam pesawat, namun pihak berkuasa masih belum mengesahkan jumlah individu yang berada di dalam pesawat atau sebarang kemalangan jiwa.

“Saya amat terkejut mendengar tentang insiden pesawat AirIndia penerbangan Ahmedabad-London berhampiran lapangan terbang Ahmedabad. Saya mendoakan keselamatan semua penumpang dan kru,” kata Ahli Parlimen India Yusuf Pathan di platform X.

Setakat laporan ini disiarkan, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh syarikat penerbangan Air India atau Direktorat Am Penerbangan Awam India (DGCA). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan