Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita yang mendalam terhadap nahas tragik pesawat Air India Penerbangan 171 dekat Ahmedabad, India. Foto Anwar Ibrahim (Facebook)

Pesawat Air India terhempas, Malaysia ucap takziah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita yang mendalam terhadap nahas tragik pesawat Air India Penerbangan 171 dekat Ahmedabad, India.

“Saya berasa amat sedih apabila mengetahui mengenai tragedi ini. Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan insan tersayang semua mangsa yang terlibat,” kata beliau dalam catatan menerusi Facebook.

Perdana Menteri berkata Malaysia berkongsi kesedihan dengan India dan berdiri teguh ketika usaha bantuan giat dijalankan.

“Doa dan ingatan kami bersama-sama dengan mangsa dan semua yang sedang meratapi kehilangan penuh tragis ini,” kata Anwar.

Media melaporkan sebuah pesawat Air India dalam penerbangan ke London membawa 242 penumpang termasuk 12 anak kapal, terhempas sebaik sahaja berlepas dari lapangan terbang Ahmedabad di negeri Gujarat, barat India, pada Khamis.

Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia menaiki pesawat itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan