Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan di lokasi nahas penerbangan Air India 171 yang terhempas di kawasan perumahan berhampiran lapangan terbang di Ahmedabad pada 12 Jun 2025. Foto AFP

Pesawat Air India ke London bawa 242 individu terhempas selepas berlepas dari Ahmedabad

ByBernama

NEW DELHI, 12 Jun: Sebuah pesawat Air India yang dalam penerbangan ke London membawa 242 orang termasuk 12 anak kapal terhempas pada Khamis sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Ahmedabad di negeri Gujarat, barat India.

Penerbangan AI171 itu berlepas pada 1.38 tengah hari waktu tempatan, menurut kenyataan Air India.

Pesawat Boeing 787-8 yang terlibat dalam nahas itu membawa 169 warga India, 53 warga British, seorang warga Kanada dan tujuh warga Portugal.

https://youtu.be/-mhhXOuqT9w

“Mangsa yang cedera sedang dibawa ke hospital berhampiran. Kami juga telah membuka talian bantuan khas untuk penumpang di nombor 1800 5691 444 bagi mendapatkan maklumat lanjut. Air India memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan berhubung insiden ini,” kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan.

Setakat ini, jumlah mangsa yang terselamat masih belum diketahui.

“Kami berada dalam tahap kesiapsiagaan tertinggi. Saya sendiri memantau keadaan dan telah mengarahkan semua agensi penerbangan dan tindak balas kecemasan untuk bertindak segera dan secara terselaras,” kata Menteri Penerbangan Awam India Ram Mohan Naidu Kinjarapu menerusi hantaran di platform X.

“Pasukan penyelamat telah digerakkan, dan segala usaha sedang dilakukan bagi memastikan bantuan perubatan dan sokongan kecemasan segera sampai ke lokasi kejadian,” katanya lagi.

Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel (SVPIA) di Ahmedabad dihentikan selepas insiden itu.

“Semua operasi penerbangan ditangguhkan sementara sehingga diberitahu kelak,” kata jurucakap lapangan terbang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan