Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba dan polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke hospital selepas disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan. Foto JBPM

Penunggang motosikal maut dirempuh lori di Inanam

KOTA KINABALU, 12 Jun: Seorang lelaki maut di lokasi kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori di hadapan Puri Warisan, Jalan Tuaran Bypass semalam.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa berusia 40 tahun dipercayai tersepit di bawah lori sebelum dikeluarkan oleh orang awam.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas tiba selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.30 petang dan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi diketuai PBK II Lawrence Matusin melibatkan sembilan anggota dengan dua jentera,  FRT dan EMRS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan