Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan operasi JIM Sarawak melancarkan serbuan, termasuk ke atas sebuah premis yang dijadikan markas transit penyeludupan migran. Foto JIM Sarawak

Ops Serkap & Ops Kutip: 11 warga asing dicekup di Tebedu

TEBEDU, 12 Jun: Dua serbuan yang digerakkan oleh Unit Pemantauan Keselamatan dan Penguatkuasaan (UPKP), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak pada pagi Rabu berjaya melumpuhkan sindiket penyeludupan migran yang aktif di kawasan sempadan pintu masuk darat di Tebedu, Serian.

Menurut JIM, Sarawak, operasi khas Ops Serkap dan Ops Kutip, yang bermula seawal jam 4:00 pagi, berjaya mengesan dan menahan 11 individu warganegara Indonesia terdiri daripada lapan lelaki dan tiga perempuan yang dipercayai cuba dibawa keluar dari negara ini tanpa dokumen perjalanan sah.

“Sindiket terbabit dipercayai menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat transit haram sebelum keluar dari Malaysia,” kata jabatan itu menerusi kenyataan, malam tadi.

Menurut kenyataan itu lagi, bertindak pantas atas risikan, pasukan operasi melancarkan serbuan sejurus suspek tiba di lokasi, termasuk ke atas sebuah premis yang dijadikan markas transit oleh sindiket berkenaan.

Turut disita, sebuah kenderaan anggaran bernilai RM30,000 yang dipercayai digunakan untuk kegiatan penyeludupan tersebut.

Kesemua individu kini ditahan di Depot Imigresen untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

“Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan Imigresen Malaysia, Sarawak dalam mengukuhkan dan membanteras jenayah di sempadan negara,” kata kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan