Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nahas bas: Beri ruang keluarga mangsa bertenang – Nancy

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hanya akan memulakan sesi kaunseling terhadap keluarga mangsa nahas bas di Gerik sekiranya mereka sudah bersedia.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata KPWKM ketika ini mengutamakan kesejahteraan emosi ahli keluarga pelajar terlibat.

“KPWKM boleh mula pada bila-bila masa menawarkan kaunseling tetapi bagi keluarga (ibu-bapa) yang ahlinya (anak mereka) meninggal, kita beri ruang kepada mereka terlebih dahulu,” katanya.

Nancy ditemui media selepas hadir Program Wanita Gig and Business in Technology (Gig@Bit) di sini, hari ini.

Beliau mengulas insiden nahas bas yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak pada awal pagi Isnin lalu.

Sementara itu Nancy memberitahu, KPWKM turut menyalurkan sokongan sewajarnya termasuk bantuan kewangan kepada keluarga pelajar terbabit.

“Kementerian juga akan mendapatkan bantuan daripada pelajar-pelajar latihan industri jurusan psikologi dari UPSI bagi memberikan pendedahan dan pengalaman kepada mereka.

“Mereka akan menggunakan peluang ini sebagai latihan dan pengalaman untuk belajar memberikan khidmat kaunseling kepada kawan-kawan,” katanya.

Kata beliau, inisiatif itu adalah penting mengambil kira faktor keselesaan dan keterbukaan mangsa untuk berinteraksi dengan kaunselor yang sebaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan