Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suhu purata permukaan global pada bulan Mei 2025 adalah 1.4 darjah Celsius. Foto hiasan Envato

Mei 2025 bulan kedua terpanas di dunia pernah direkodkan

ByBernama

BONN (Jerman), 12 Jun: Dunia mengalami Mei kedua paling panas dalam sejarah sejak rekod itu bermula tahun ini, iaitu bulan yang menyaksikan gelombang haba luar biasa melanda Greenland akibat perubahan iklim, menurut Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah pada Rabu.

Menurut Agensi Berita Emiriah (WAM), bulan lepas iaitu Mei kedua paling panas pernah dicatatkan di Bumi, rekod yang hanya diatasi oleh Mei 2024,  sekali gus melengkapkan musim bunga Mac-Mei di hemisfera utara sebagai yang kedua terpanas dalam rekod sejarah.

Suhu purata permukaan global pada bulan lepas adalah 1.4 darjah Celsius lebih tinggi berbanding tempoh pra-industri antara tahun 1850-1900, ketika manusia mula menggunakan bahan api fosil secara besar-besaran, kata C3S.

Keadaan itu menamatkan keadaan haba luar biasa, di mana 21 daripada 22 bulan terakhir mencatatkan suhu purata global melebihi 1.5°C daripada paras pra-industri, walaupun saintis memberi amaran yang keadaan ini mungkin tidak bertahan lama.

“Walaupun ini mungkin memberikan kelegaan sementara untuk planet ini, kami menjangkakan paras 1.5°C akan sekali lagi dilepasi dalam masa terdekat disebabkan pemanasan berterusan sistem iklim,” kata Pengarah C3S Carlo Buontempo.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan