Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia dan Kuala Lumpur meneruskan trajektori menaik dalam Laporan Kedudukan Negara & Bandar 2024 Persatuan Persidangan & Konvensyen Antarabangsa (ICCA), mengukuhkan profilnya sebagai destinasi acara perniagaan utama di pasaran global. Foto fail AFP

Malaysia di tangga ke 31 global, sembilan di Asia Pasifik dalam acara perniagaan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Jun: Malaysia dan Kuala Lumpur meneruskan trajektori menaik dalam Laporan Kedudukan Negara & Bandar 2024 Persatuan Persidangan & Konvensyen Antarabangsa (ICCA), mengukuhkan profilnya sebagai destinasi acara perniagaan utama di pasaran global.

Malaysia naik dua tangga ke paras 31 dalam kedudukan negara global dan ke sembilan di rantau Asia Pasifik, manakala Kuala Lumpur melonjak enam tangga untuk berada di tempat ke 26 dalam Kedudukan Bandaraya Dunia.

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur melalui satu kenyataan berkata kedudukan itu dipacu oleh penganjuran Malaysia membabitkan 129 mesyuarat persatuan antarabangsa, dengan pusat konvensyen tersebut menghoskan sebahagian daripada 78 mesyuarat persatuan antarabangsa yang dijalankan di ibu negara.

“Bagi mempromosikan profil global Malaysia serta Kuala Lumpur, pusat konvensyen ini mengekalkan perkongsian yang mantap dengan Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang menyaksikan berkolaborasi yang kerap dalam pameran perdagangan antarabangsa untuk menarik acara perniagaan ke negara ini.

“Menjelang separuh pertama 2025, pusat konvensyen itu menjadi sebahagian daripada delegasi MyCEB ke Acara Mesyuarat dan Insentif Asia Pasifik (AIME) 2025 di Melbourne dan IMEX di Frankfurt,” katanya.

Pertunjukan perdagangan antarabangsa utama dalam kalendar MyCEB menunjukkan pusat konvensyen itu turut akan mengambil bahagian pada akhir tahun ini dalam Pameran Mesyuarat di London termasuk Insentif, Perjalanan Mesyuarat dan Perniagaan (IBTM) di Barcelona.

Sejajar dengan pengembangan persekitaran perniagaan global, keperluan dan jangkaan delegasi turut meningkat. Ia yakin bahawa fleksibiliti adalah penting bagi memenuhi tuntutan ini, dengan pemperibadian dan teknologi menjadi pemboleh utama dalam menyampaikan penyelesaian yang berkesan.

Pengurus besarnya, John Burke berkata ruang mesyuarat baharu pusat konvensyen itu kini memiliki teknologi hibrid dan infrastruktur audio-visual yang telah dinaik taraf, sementara konsep ruang kerja bersama juga telah dilancarkan untuk menyokong perwakilan yang memerlukan tempat bagi urusan kerja dan kehidupan antara sesi.

Katanya, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, yang hari ini menerima khidmat daripada 79 syarikat penerbangan dan akses bebas visa merangkumi 175 negara, Malaysia menyediakan hubungan terbaik untuk melayani acara perniagaan global.

“Selain itu, kami mempunyai rantaian bekalan yang matang dengan piawaian global, penguasaan bahasa Inggeris yang meluas dan kadar pertukaran yang baik.

“Digabungkan dengan warisan budaya dan aset semulajadi yang kaya, Malaysia adalah pilihan yang kompetitif,” kata Burke.

Dengan kedudukannya di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, di bawah menara berkembar Petronas yang ikonik. Pusat konvensyen tersebut menawarkan lokasi bertaraf dunia dengan 34,000 meter persegi ruang yang fleksibel, yang dibina dengan pelbagai kelebihan di bawah satu bumbung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan