Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah kedai buah-buahan di Jalan Gudang Nenas, Bandar Baru Klang dekat sini rosak teruk selepas bahan kimia karbida (kalsium karbida) yang digunakan untuk mempercepatkan proses pemeraman buah, meletup dalam kejadian petang tadi. Foto Bernama

Letupan karbida rosakkan kedai buah, enam kereta di Bandar Baru Klang

ByBernama

SHAH ALAM, 12 Jun: Sebuah kedai buah-buahan di Jalan Gudang Nenas, Bandar Baru Klang dekat sini rosak teruk selepas bahan kimia karbida (kalsium karbida) yang digunakan untuk mempercepatkan proses pemeraman buah, meletup dalam kejadian petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.21 petang sebelum sepasukan lapan pegawai dan anggota bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati berlaku letupan di bahagian belakang premis berkeluasan 7,000 kaki persegi itu.

“Letupan berkenaan turut menyebabkan struktur dinding pejabat di dalam premis berkeluasan 900 kaki persegi runtuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, impak letupan juga mengakibatkan enam buah kenderaan yang diletakkan berhampiran mengalami kerosakan.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan