Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan pikap di Kilometer 8 Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya di sini, hari ini. Foto IPD Kota Samarahan

Lelaki maut dalam nahas motosikal bertembung pikap

KOTA SAMARAHAN, 12 Jun: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah pikap di Kilometer 8 Jalan Kota Samarahan-Sadong Jaya di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.03 petang itu, mangsa, Mohd. Iqmal Mawardi, 27, dari Kampung Tanjung Apong dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintendan Damataries Lautin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah pikap yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun dari arah Asajaya menghala ke BDC.

“Apabila sampai di lokasi kejadian dan sedang bergerak lurus, tiba-tiba telah bertembung dengan motosikal yang ditunggang mangsa yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk laluan pemanduan.

“Akibat daripada kejadian itu penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sekitar jam 3.55 petang dan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching manakala pemandu pikap hanya mengalami kecederaan lebam di tangan kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, keadaan jalan ialah dua lorong, dua hala dengan keadaan cuaca baik, permukaan jalan rata dan kering.

“Kenderaan terlibat dalam kemalangan diarahkan untuk dibawa ke Balai Polis Trafik Kota Samarahan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan