Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roland melihat salah satu koleksi Pameran Raja Kita di Dewan Suarah Limbang. Foto: Salasiah.

Koleksi Diraja dibawakan ke Limbang sempena Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-17

BySalasiah Safian

LIMBANG, 12 Jun: Jabatan Muzium Malaysia membawa replika koleksi diraja ke Limbang menerusi Pameran Raja Kita sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-17 peringkat Sarawak, di sini.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, pameran tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat mengenai sejarah dan peranan Institusi Raja-Raja di Malaysia.

“Kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Muzium Negara kerana telah membawa pelbagai replika dan alat kebesaran diraja bagi memberi kefahaman kepada rakyat tentang institusi diraja, termasuk sejarah semua Yang di-Pertuan Agong terdahulu hingga kini.

“Ini adalah kali pertama di dalam Malaysia sebenarnya di bawa luar dari Kuala Lumpur. Jadi kita mengucapkan tahniah kepada rakyat Limbang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pameran Raja Kita di Dewan Suarah Limbang, pada Khamis.

Pameran Raja Kita bermula dari 12 hingga 15 Jun 2025 di Dewan Suarah Limbang.

Justeru beliau mengalu-alukan kedatangan warga Limbang dan sekitarnya ke Pameran Raja Kita. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan