Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Alexander Nanta meninjau lokasi kemalangan maut di Gerik, Perak, hari ini. Foto TVS

KKR akan bentang laporan PCA, permudah kerja penyelenggaran

GERIK, PERAK, 12 Jun: Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang menyediakan laporan kerja penilaian keadaan turapan (PCA) bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan serta penurapan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, PCA yang dilaksanakan melibatkan penggunaan teknologi seperti Multi Laser Profiler (MLP) dan Deflectometer Bacaan Penurunan Berat (FWD).

Jelas beliau, berdasarkan laporan berkenaan, KKR akan mendapat gambaran lebih jelas kerja – kerja yang perlu dilaksanakan.

“Ada pihak yang menyatakan bahawa dengan mengambil kira usia jalan ini, mungkin sudah tiba masanya untuk kita melaksanakan kerja-kerja pemulihan.

“Saya difahamkan bahawa laporan PCA itu baharu sahaja siap, dan kita akan lihat apakah syor-syor yang dikemukakan dalam laporan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menijau lokasi kemalangan yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, PCA yang dibuat mengikut kaedah terkini, moden dan terpakai di peringkat antarabangsa itu telah bermula pada 13 Mac dan selesai pada 13 Mei.

Alexander Nanta turut memaklumkan bahawa segala kemudahan atau kaedah yang diguna pakai itu bagaimanapun bergantung kepada peruntukan yang diberikan khususnya dalam membina serta membaiki jalan raya sedia ada.

Tambah beliau, pelbagai inisiatif juga telah diambil sejak 2023 bagi menambah baik laluan Gerik-Jeli, khususnya di Jalan Persekutuan FT04 terbabit.

Menurutnya, dana berjumlah RM80 juta turut diperuntukkan meliputi 55 skop kerja di bawah program penyelenggaraan berkala, bertujuan memastikan laluan di JRTB berada dalam keadaan baik.

Beliau berkata, sebanyak RM3.58 juta telah diperuntukkan bagi program penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan