Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dan Jabatan Penjara Sarawak memperkukuhkan kerjasama khususnya dalam aspek perkongsian maklumat dan operasi. Foto JIM Sarawak

JIM Sarawak, Jabatan Penjara perkukuh kerjasama, kongsi maklumat

KUCHING, 12 Jun: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dan Jabatan Penjara Sarawak memperkukuhkan kerjasama khususnya dalam aspek perkongsian maklumat dan operasi.

Perkara itu disuarakan menerusi kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Penjara Sarawak yang diketuai Timbalan Penguasa Penjara, Awang Azzizan Hasbi bersama Penolong Penguasa Penjara,Mcgavin Johnny Njok dari Bahagian Sri Aman ke atas JIM Sarawak pada Khamis.

Kunjungan berkenaan disambut oleh Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Kawalan) Sarawak, Norhafiza Junaidi.

JIM Sarawak dalam kenyataannya berkata, tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan hal ehwal dalaman kedua-dua jabatan.

“Perbincangan tersebut turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada antara JIM Sarawak dan Jabatan Penjara, khususnya dalam aspek perkongsian maklumat dan operasi,” kata kenyataan itu.

Menerusi kunjungan ini, diharapkan jalinan kerjasama antara Jabatan Penjara Bahagian Sri Aman dan JIM Sarawak akan terus erat, sekali gus memastikan kelancaran setiap urusan dan pelaksanaan tugas demi kepentingan bersama. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan